Aku bermusafir
Tiga tahun terasa tiga dekad
seusai aku menginjak
melewati destinasi terasing ini
dan terus bertapak
bersarang bagai si tempua
Saban hari gps membawa aku
terbang tinggi laksana sang elang
Setiap kilometer dipeta
kutandai kehadiranku
Hulu Langat
Daerah urban bumi Selangor
tak ku impi menapak
mencari sesuap rezeki
Di mana bumi dipijak
di situ nafas dihela
Berpaksi keyakinan nan satu
aku terus melebar sayap
Doa kudus dalam pengharapan
Ku yakini takdir ini
disebalik kemelut rencah sandiwara
Tetap imanku
Mat Elang
Bdr Saujana Putra
31 Ogos 2017
8.17 p.m
Thursday 31 August 2017
Friday 25 August 2017
Serumpun rasa - Monolog II
Secangkir kopi jadi peneman
kala hati ditandang persoalan
Seteguk terasa kepahitan
biarpun dirembes titis madu
Sepotong halwa jadi pengalas
kala jiwa mendamba cebis kasih
Kuih pemanis terasa hambar
biarpun direnjis titis sira
Seorang sahabat jadi tautan
kala diri menagih jawapan
Sahabat ini ku terasa ketelusan
biarpun usia kenalan tak jadi sandaran
Berdekad hidup jadi sempadan
Kala pengalaman mengajar pengertian
Hidup di dunia terasa kesukaran
Biarpun akal dan iman jadi pedoman
mat elang - ttdi grove kajang
26 Ogos 2017 -1.04 a.m
Secangkir kopi jadi peneman
kala hati ditandang persoalan
Seteguk terasa kepahitan
biarpun dirembes titis madu
Sepotong halwa jadi pengalas
kala jiwa mendamba cebis kasih
Kuih pemanis terasa hambar
biarpun direnjis titis sira
Seorang sahabat jadi tautan
kala diri menagih jawapan
Sahabat ini ku terasa ketelusan
biarpun usia kenalan tak jadi sandaran
Berdekad hidup jadi sempadan
Kala pengalaman mengajar pengertian
Hidup di dunia terasa kesukaran
Biarpun akal dan iman jadi pedoman
mat elang - ttdi grove kajang
26 Ogos 2017 -1.04 a.m
Sunday 20 August 2017
Hipokrasi : diikat dan terikat
Liuk lentuk dedaun kiambang
Diusik percikan katak melompat
Teratai menguntum dampak egois
Biarpun asal lumpur menjadi latar
Hidup menongkah mungkar
Riak dan takbur mendakap erat
Alpa dalam hipokrasi yang nyata
Dangkal iman
Kemunafikan bertunjang
Keindahan bertopeng kepalsuan
Melompat katak punya matlamat
Aku hanya mampu melihat
Terlentuk liuk diatur hukum dunia
Meronta dalam diam
Kelu lidah tidak mampu berkata
Si kembang terus bongkak
Mat Elang
20 Ogos 2017
Bdr Mahkota Cheras
6.13 p.m
Liuk lentuk dedaun kiambang
Diusik percikan katak melompat
Teratai menguntum dampak egois
Biarpun asal lumpur menjadi latar
Hidup menongkah mungkar
Riak dan takbur mendakap erat
Alpa dalam hipokrasi yang nyata
Dangkal iman
Kemunafikan bertunjang
Keindahan bertopeng kepalsuan
Melompat katak punya matlamat
Aku hanya mampu melihat
Terlentuk liuk diatur hukum dunia
Meronta dalam diam
Kelu lidah tidak mampu berkata
Si kembang terus bongkak
Mat Elang
20 Ogos 2017
Bdr Mahkota Cheras
6.13 p.m
Friday 18 August 2017
Sudut terasing
Menginjak menyusuri
Lorong dan lohong
Umpama meniti pentas
sarat watak perwatakan
Dinamik, statik, antagonis mahupun protagonis
Di suatu sudut lagi
tersulam balada tragis
Bernada sepi berbalut elegi
Dejavu tidak bertepian
Seribu satu pancarona
Rakus mengulit membalut kujur insan
tanpa ada rasa
Keadilan tidak bertimbang rasa
Manusia di sana sudah lupa dan alpa
Terdiam satu sudut disebalik
keheningan sorakan dan laungan
Jauh terpinggir di horizon ini.
Mat Elang
Ttdi Grove, Kajang.
18 Ogos 2017
7.42 p.m
Menginjak menyusuri
Lorong dan lohong
Umpama meniti pentas
sarat watak perwatakan
Dinamik, statik, antagonis mahupun protagonis
Di suatu sudut lagi
tersulam balada tragis
Bernada sepi berbalut elegi
Dejavu tidak bertepian
Seribu satu pancarona
Rakus mengulit membalut kujur insan
tanpa ada rasa
Keadilan tidak bertimbang rasa
Manusia di sana sudah lupa dan alpa
Terdiam satu sudut disebalik
keheningan sorakan dan laungan
Jauh terpinggir di horizon ini.
Mat Elang
Ttdi Grove, Kajang.
18 Ogos 2017
7.42 p.m
Aku bermonolog
Seketika berlari di kanvas ini
Meniti denai berselirat akar
Mencari aksara indah untuk diuntai
Jadi mutiara perhiasan hati
Tidak kujemu mengharungi
Ranjau penuh berliku
Biar bertongkat dagu
Namun tetap ku teruskan jua
Biarpun terasa dicebik dikata nista
Semangat jitu nan satu jadi sandaran
Akan kugapai ancala itu
Sebelum karam di noktah terakhir
Mat Elang
Ttdi Grove, Kajang
18 Ogos 2017
6.38p.m
Seketika berlari di kanvas ini
Meniti denai berselirat akar
Mencari aksara indah untuk diuntai
Jadi mutiara perhiasan hati
Tidak kujemu mengharungi
Ranjau penuh berliku
Biar bertongkat dagu
Namun tetap ku teruskan jua
Biarpun terasa dicebik dikata nista
Semangat jitu nan satu jadi sandaran
Akan kugapai ancala itu
Sebelum karam di noktah terakhir
Mat Elang
Ttdi Grove, Kajang
18 Ogos 2017
6.38p.m
Subscribe to:
Posts (Atom)