Friday 18 August 2017

Sudut terasing

Menginjak menyusuri
Lorong dan lohong
Umpama meniti pentas
sarat watak perwatakan
Dinamik, statik, antagonis mahupun protagonis

Di suatu sudut lagi
tersulam balada tragis
Bernada sepi berbalut elegi
Dejavu tidak bertepian

Seribu satu pancarona
Rakus mengulit membalut kujur insan
tanpa ada rasa
Keadilan tidak bertimbang rasa
Manusia di sana sudah lupa dan alpa
Terdiam satu sudut disebalik
keheningan sorakan dan laungan
Jauh terpinggir di horizon ini.

Mat Elang
Ttdi Grove, Kajang.
18 Ogos 2017
7.42 p.m


2 comments: